Kuiz Cikgu Aime: Bank Soalan Online Percuma untuk Murid Sekolah Rendah Seluruh Malaysia

Kuiz Cikgu Aime: Bank Soalan Online Percuma untuk Murid Sekolah Rendah Seluruh Malaysia

Cikgu pernah tak rasa macam ni: nak bagi murid latihan online, tapi bahan percuma yang elok susah nak jumpa?

Yang ada, separuh berbayar. Yang percuma pula, soalannya entah dari mana, kadang fakta pun tak tepat. Akhirnya kita print kertas, fotostat, edar satu kelas. Balik rumah, tak tahu pula murid buat ke tidak.

So saya bina satu benda untuk selesaikan masalah tu sendiri.

Namanya Kuiz Cikgu Aime. Bank soalan online, percuma, terbuka untuk murid sekolah rendah seluruh Malaysia. Tak payah daftar, tak payah login. Murid buka, taip nama, terus boleh main.

Laman utama Kuiz Cikgu Aime dengan pilihan Main di Rumah, Main di Kelas dan Papan Skor

Apa yang ada dalam Kuiz Cikgu Aime?

Setakat ni sudah ada lebih 700 soalan merangkumi tiga subjek:

  • Sejarah Tahun 6 — 10 unit penuh, dari Pembentukan Malaysia sampai Malaysia dan Dunia
  • Pendidikan Seni Visual Tahun 6 — disusun ikut tema: unsur seni, prinsip rekaan, teori warna, media dan teknik, kraf warisan serta apresiasi
  • Bahasa Melayu Tahun 3 — tatabahasa, pemahaman dan latihan nilai

Semua soalan ni bukan tibai. Saya susun berpandukan buku teks KPM dan skop pentaksiran sebenar. Jawapan pun saya semak satu-satu. Sebab benda paling buruk dalam bahan latihan ialah fakta yang salah, lepas tu murid hafal benda yang salah tu masuk dewan peperiksaan.

Skrin pilih subjek dalam Kuiz Cikgu Aime menunjukkan Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual dan Sejarah

Tiga jenis soalan, bukan aneka pilihan semata

Banyak kuiz online buat aneka pilihan sahaja sebab senang. Tapi murid pandai main agak. Tak baca soalan pun boleh dapat 25 peratus.

Jadi saya masukkan tiga jenis:

  1. Aneka pilihan (A, B, C, D) untuk uji kefahaman asas
  2. Betul atau Salah untuk uji murid faham konsep ke sekadar ingat ayat
  3. Isi tempat kosong yang murid kena taip sendiri jawapan

Yang isi tempat kosong tu paling mencabar, sebab tak boleh agak. Tapi saya pastikan setiap satu ada pembayang, supaya ia adil. Bukan nak jadikan murid tertekan, nak suruh dia fikir.

Skrin soalan Sejarah Tahun 6 dalam Kuiz Cikgu Aime dengan empat pilihan jawapan

Lepas jawab, murid nampak di mana silap

Ni bahagian yang saya rasa paling penting.

Bila murid habis satu set, dia bukan setakat dapat markah. Dia dapat semakan jawapan penuh. Setiap soalan, dia nampak mana yang betul, mana yang salah, dan kenapa. Ada penerangan ringkas untuk setiap satu.

Sebab markah semata tak mengajar apa-apa. Yang mengajar ialah bila murid nampak “oh, patutnya jawapan ni, sebab macam ni”. Di situ baru belajar berlaku.

Papan pendahulu yang buat murid teruja

Ni yang buat murid ketagih sikit. Keh keh keh.

Setiap kali murid jawab, markah dia naik ke papan pendahulu. Dan papan ni berlapis tiga:

  • Kelas — dia lawan kawan sekelas
  • Sekolah — dia lawan semua murid sekolah dia
  • Kebangsaan — dia lawan seluruh Malaysia

Jadi walaupun seorang murid tu bukan nombor satu Malaysia, dia masih boleh jadi juara kelas dia sendiri. Itu yang penting. Setiap murid ada gelanggang dia boleh menang. Yang lemah pun ada sebab nak cuba lagi.

Untuk pilih siapa lawan siapa, murid cuma taip nama, kelas dan nama sekolah masa mula. Senarai sekolah dah siap ada dalam sistem, murid tinggal taip dan pilih.

Skrin masuk Kuiz Cikgu Aime untuk taip nama, kelas dan cari sekolah

Ada Mod Kelas untuk projektor

Tak semua benda kena buat sorang-sorang. Kadang dalam kelas pun best main ramai-ramai.

Sebab tu ada Mod Kelas. Cikgu pancarkan kuiz pada projektor, bahagikan murid jadi dua kumpulan, Lelaki lawan Perempuan, lepas tu main beramai-ramai. Soalan yang sama dari bank pusat, jadi cikgu tak payah sediakan apa-apa. Bukak, pilih set, main.

Sesuai untuk 10 minit terakhir kelas, atau hari sebelum cuti bila murid dah separuh nak balik tu.

Selamat untuk murid

Satu perkara saya ambil berat, sebab ni melibatkan kanak-kanak.

Walaupun tiada login, nama dan markah murid tak terdedah kepada sesiapa. Papan pendahulu cuma tunjuk kedudukan, bukan butiran peribadi. Markah pun dikira di server, bukan di telefon murid, jadi tak boleh tipu hantar markah palsu.

Saya bukan pakar keselamatan, masih belajar benda ni dari pakar sebenar. Tapi sekurang-kurangnya benda asas tu saya pastikan dulu sebelum bagi murid guna.

Macam mana nak guna?

Senang sahaja:

  1. Buka kuiz.cikguaime.com di telefon, tablet atau komputer
  2. Pilih Main di Rumah kalau murid nak buat sendiri, atau Main di Kelas untuk projektor
  3. Pilih subjek dan set
  4. Taip nama, kelas, sekolah, dan mula!

Kalau cikgu nak guna untuk kelas, boleh je kongsi link tu dalam group WhatsApp kelas. Suruh murid buat satu set sebagai kerja rumah, lepas tu tengok papan pendahulu sama-sama keesokan harinya. Murid memang suka tengok nama dia naik.

Oh ya, kalau cikgu dah baca nota ringkas PSV sekolah rendah yang saya kongsi sebelum ni, kuiz ni padan sangat untuk uji murid lepas mereka baca nota. Baca dulu, uji kemudian.

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah Kuiz Cikgu Aime percuma?

Ya, percuma sepenuhnya untuk semua murid dan cikgu. Tiada bayaran, tiada langganan.

Perlukah murid daftar akaun atau login?

Tidak perlu. Murid hanya taip nama, kelas dan nama sekolah, kemudian terus boleh menjawab kuiz.

Subjek apa yang tersedia sekarang?

Setakat ini ada Sejarah Tahun 6, Pendidikan Seni Visual Tahun 6 dan Bahasa Melayu Tahun 3. Subjek dan tahun lain akan ditambah dari semasa ke semasa.

Bolehkah guna untuk pengajaran dalam kelas?

Boleh. Mod Kelas membenarkan cikgu memancarkan kuiz pada projektor dan bermain secara berkumpulan, Lelaki lawan Perempuan.

Adakah soalannya tepat dengan kurikulum?

Soalan disusun berpandukan buku teks KPM dan skop pentaksiran sekolah rendah, dan setiap jawapan disemak untuk memastikan ketepatan fakta.

Boleh guna di telefon?

Boleh. Kuiz Cikgu Aime berfungsi di telefon, tablet dan komputer melalui pelayar web biasa.


Saya bina benda ni sebab saya sendiri perlukannya. Kalau ia memudahkan cikgu lain pun, itu lagi bagus.

Cuba dulu di kuiz.cikguaime.com, bagi murid cikgu main satu set. Lepas tu tinggalkan komen, subjek apa cikgu nak saya tambah seterusnya. Saya kumpul satu-satu.

Selamat belajar sambil bersaing!

Iklan
Iklan
Iklan

Komen

Kongsi pendapat cikgu, atau soalan lain yang berkaitan.

Cikgu Aime

Cikgu Aime

Guru Sekolah Rendah di SK Putrajaya Presint 5(1). Pembina aplikasi pendidikan — e-Rekod, RPH Assist. Suka berkongsi pengalaman dari bilik darjah ke dunia luar.

Lebih lanjut tentang saya →