Kertas Cadangan TVPSS Percuma (Template Word)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera cikgu semua.
Salah satu cabaran jadi penyelaras TVPSS bukan setakat rakaman, tapi nak mohon peruntukan. Nak naik taraf studio, nak servis kamera yang dah berkulat, nak pasang langsir blackout… semua kena ada kertas cadangan yang kemas untuk dibawa ke pihak pentadbir.
Saya faham menyusun kertas kerja dari sifar memang memakan masa. Jadi saya kongsikan 3 kertas cadangan TVPSS yang saya sediakan sendiri untuk studio sekolah saya. Cikgu boleh muat turun, edit ikut keperluan sekolah masing-masing, dan terus guna.
Cara guna template ni:
- Muat turun fail Word di bawah.
- Ganti semua
[Nama ...]dengan nama sebenar (Guru Besar, AJK, murid).- Tukar nama sekolah kepada sekolah cikgu.
- Kemas kini jadual kos ikut sebut harga terkini yang cikgu dapat.
- Hantar untuk kelulusan pihak pentadbir.
Nota: Nama dalam template dah saya tukar jadi placeholder untuk jaga privasi. Angka kos pula adalah contoh dari sekolah saya, sila sesuaikan.
1. Kertas Cadangan Naik Taraf Studio TVPSS
Naik Taraf Studio TVPSS (untuk mohon peruntukan beli peralatan)
Kertas ni sesuai bila cikgu nak naik taraf studio dengan peralatan baru (lens, lighting, gimbal, set komputer, dll). Lengkap dengan pengenalan, objektif, kumpulan sasaran, senarai jawatankuasa, dan jadual implikasi kewangan.
Contoh isi dalam template: Sigma 16mm lens, Godox LED light, Godox flash, Zhiyun gimbal, RAM, SSD, set komputer, dengan ruang harga & kuantiti untuk cikgu isi sendiri.
⬇️ Muat Turun Kertas (Word)2. Kertas Cadangan Servis Kamera
Servis & Penyelenggaraan Kamera (untuk mohon kos servis berkala)
Kamera TVPSS lama-lama akan berkulat (fungus) atau prestasi menurun kalau tak diservis. Kertas ni membantu cikgu justifikasikan keperluan servis berkala kepada pentadbir, supaya kamera tahan lama dan jimat kos jangka panjang.
Contoh isi dalam template: senarai kamera (body & lens) + jenis servis diperlukan (troubleshoot, CMOS sensor, shutter unit, kalibrasi) + ruang kos untuk setiap item.
⬇️ Muat Turun Kertas (Word)3. Kertas Cadangan Pemasangan Langsir
Pemasangan Langsir Studio (untuk mohon langsir blackout)
Cahaya tingkap yang tak terkawal boleh rosakkan rakaman, terutama bila guna skrin hijau. Kertas ni untuk mohon pemasangan langsir blackout (kalis cahaya) supaya rakaman studio lebih terkawal dan profesional.
Contoh isi dalam template: pengenalan, objektif, butiran pelaksanaan, jenis langsir, dan jadual kos kosong (sila isi ikut sebut harga langsir cikgu).
⬇️ Muat Turun Kertas (Word)Sebelum Cikgu Hantar
Beberapa tip ringkas supaya kertas cadangan cikgu lebih meyakinkan:
- Lampirkan sebut harga sebenar. Pentadbir lebih senang luluskan bila ada bukti harga dari kedai/pembekal.
- Kaitkan dengan PdPc & pembelajaran abad ke-21. TVPSS bukan sekadar rakaman, tapi platform kemahiran murid.
- Letak nama jawatankuasa penuh. Tunjuk program ni ada struktur dan komitmen, bukan kerja seorang diri.
Kalau cikgu masih tercari-cari peralatan apa nak beli untuk studio, boleh baca panduan lengkap saya di sini: Setup Lengkap Bagi Studio Sekolah.
Semoga template ni meringankan beban cikgu-cikgu penyelaras TVPSS di luar sana. Kalau berguna, kongsikan dengan rakan cikgu yang lain ya!
Telegram Channel CikguAime Dot Com
Saya juga telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com
Komen
Kongsi pendapat cikgu, atau soalan lain yang berkaitan.