Cara Isi PAJSK di SPPB dengan Cepat: Panduan Lengkap Cikgu Kelas

Cara Isi PAJSK di SPPB dengan Cepat: Panduan Lengkap Cikgu Kelas
Cara isi PAJSK di SPPB dengan cepat menggunakan PAJSK Assist

Kalau Cikgu pegang kelas, mesti faham perasaan ni. Tiba musim isi PAJSK, sekolah masuk mod senyap. Tiap-tiap Cikgu Kelas duduk depan laptop, buka SPPB, pilih jawatan murid satu-satu, tetapkan komitmen, kehadiran dan pencapaian. Lepas tu ulang benda yang sama untuk 42 murid, empat tab. Berjam-jam lamanya.

Saya pun cikgu kelas. Tahun lepas saya berjaga sampai pukul 11 malam isi PAJSK untuk kelas sendiri. Jadi post ni saya tulis dua benda sekali: cara isi PAJSK di SPPB yang betul, dan cara buat kerja yang sama dalam masa beberapa saat.

Apa Itu PAJSK?

PAJSK ialah singkatan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum. Setiap hujung tahun, Cikgu Kelas kena rekod penyertaan dan pencapaian kokurikulum setiap murid ke dalam sistem SPPB (moeissppb.moe.gov.my).

Markah ni penting. Ia masuk dalam pentaksiran murid dan jadi sebahagian rekod rasmi mereka. Sebab tu tak boleh main hentam, kena betul.

Cara Isi PAJSK di SPPB (Langkah Manual)

Sebelum cerita cara cepat, jom lihat cara biasa dulu supaya Cikgu yang baru pegang kelas faham aliran kerja sebenar.

  1. Log masuk SPPB di moeissppb.moe.gov.my guna ID guru Cikgu.
  2. Pergi ke modul PAJSK dan pilih kelas Cikgu. Senarai murid akan keluar.
  3. Klik nama murid pertama. Borang PAJSK akan terbuka dengan empat tab:
    • Kelab & Persatuan
    • Badan Beruniform
    • Sukan & Permainan
    • Ekstra Kurikulum
  4. Untuk setiap tab, Cikgu isi jawatan murid, komitmen, kehadiran, penglibatan dan pencapaian.
  5. Klik Simpan.
  6. Tekan murid seterusnya, lepas tu ulang semua langkah tadi.

Nampak senang bila ditulis. Tapi cuba darab: 42 murid × 4 tab × beberapa medan setiap tab. Dah jadi ribuan klik untuk satu kelas.

Kenapa Cara Manual Ni Memenatkan

Masalahnya bukan susah. Masalahnya berulang. Kebanyakan murid dalam satu kelab dapat jawatan dan komitmen yang sama. Cikgu klik benda yang sama berpuluh-puluh kali, sampai jari lenguh dan mata kabur.

Lagi satu, bila dah penat, mudah tersilap klik. Tertukar tab, terlepas seorang murid, atau terlupa tekan simpan. Lepas tu kena semak balik dari awal.

Inilah jenis kerja yang sepatutnya komputer buat, bukan Cikgu.

Cara Lebih Cepat: PAJSK Assist

Sebab penat dengan kerja berulang macam ni, saya bina satu alat sendiri. Namanya PAJSK Assist.

PAJSK Assist ialah satu Chrome Extension yang bekerja terus dalam sistem SPPB. Bila Cikgu buka senarai murid PAJSK, satu panel akan keluar di tepi skrin. Cikgu tetapkan jawatan dan komitmen sekali sahaja, klik satu butang, dan extension akan isikan 42 murid untuk keempat-empat tab secara automatik.

PAJSK Assist mengisi PAJSK satu kelas secara automatik dengan satu klik

Cara manual ambil masa berjam-jam. PAJSK Assist siap dalam lebih kurang 8 saat.

Apa Yang PAJSK Assist Boleh Buat

  • Isi sekelas serentak. Pilih semua murid, klik sekali, empat tab siap dalam satu pusingan.
  • Override per murid guna CSV. Murid biasa ikut tetapan asas. Untuk murid istimewa macam pemain bola sekolah, pengerusi PRS, atau peserta kursus kebangsaan, Cikgu boleh ubah jawatan dan pencapaian mereka secara berasingan melalui fail CSV.
  • Simpan preset tetapan. Tetapan komitmen, kehadiran, NILAM dan jawatan boleh disimpan. Tahun depan, pilih preset, edit sikit, terus jalan. Tak payah set semula dari kosong.
  • Sambung separuh jalan. Kalau browser tertutup atau server SPPB hang, progress Cikgu tetap disimpan. Buka semula halaman tadi, banner “Sambung Batch” akan keluar, dan Cikgu sambung dari murid terakhir.

Tetapan jawatan, komitmen dan kehadiran cuma perlu diset sekali. Lepas tu Cikgu boleh guna untuk semua murid dalam kelas.

Set tetapan PAJSK sekali sahaja dan guna untuk semua murid dalam kelas

Untuk murid yang ada peranan khas, Cikgu sediakan tetapan berasingan dalam fail Excel, kemudian muat naik. PAJSK Assist akan padankan setiap baris dengan murid ikut nombor kad pengenalan.

Import tetapan PAJSK per murid daripada fail Excel ke PAJSK Assist

Selamat Tak Data Murid?

Ini soalan paling penting, dan jawapannya jelas. Data murid Cikgu tak ke mana-mana.

PAJSK Assist tidak menghantar nama, nombor kad pengenalan, atau markah murid ke server saya. Semua data tu kekal antara browser Cikgu dengan server SPPB KPM sahaja. Extension ni pun hanya boleh berfungsi pada domain rasmi moeissppb.moe.gov.my, dan tak boleh aktif di mana-mana website lain.

Yang saya simpan cuma email pembelian dan kunci lesen, untuk pengesahan Premium. Itu sahaja.

Versi FREE vs PRO

FREE boleh guna selama-lamanya. Cikgu dapat shortcut untuk isi murid seorang demi seorang dengan lebih pantas. Sesuai kalau nak cuba dulu sebelum naik taraf.

PRO pula untuk Cikgu yang nak fungsi isi sekelas serentak, override CSV per murid, simpan preset, dan sambung separuh jalan. Harganya RM15 sebulan, sah selama 30 hari, dan satu lesen boleh guna pada 2 peranti (contohnya PC sekolah dan laptop rumah). Tiada auto-debit. Cikgu renew sendiri bila perlu.

Cara Dapatkan PAJSK Assist

Buat masa sekarang, PAJSK Assist sedang dalam proses semakan Chrome Web Store. Sebaik sahaja ia diluluskan, Cikgu boleh terus tekan “Add to Chrome” dengan satu klik. Pin ikon di toolbar Chrome sekali, lepas tu senang nak buka bila-bila Cikgu masuk SPPB.

Pin ikon PAJSK Assist di toolbar Chrome untuk akses pantas

Sementara tu, Cikgu boleh layari halaman rasmi untuk tengok demo penuh, harga, dan daftar supaya dapat notifikasi bila ia siap:

portfolio.cikguaime.com/pajsk-assist

Cuba Dulu, Baru Nilai

Saya tak suka cara “tawaran terhad, beli sekarang”. Saya lebih percaya Cikgu rasai sendiri sama ada alat ni betul-betul jimatkan masa Cikgu atau tak. Kalau berbaloi, baru naik taraf PRO.

Kalau Cikgu pernah berjaga malam isi rekod lain pun, tengok juga IDME PBD Helper untuk memudahkan isi PBD dan cara pantas isi SSDM. Konsepnya sama. Biar kerja berulang tu komputer yang buat.

Ada cadangan atau jumpa bug? Terus DM saya di Telegram. Bila SPPB tukar paparan, biasanya saya baiki dalam sehari dua.

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu PAJSK dalam SPPB?

PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) ialah rekod penyertaan dan pencapaian kokurikulum murid yang diisi oleh Cikgu Kelas dalam sistem SPPB KPM setiap hujung tahun.

Siapa yang isi PAJSK?

Kebiasaannya Cikgu Kelas yang bertanggungjawab isi PAJSK untuk semua murid dalam kelasnya, berdasarkan rekod kokurikulum sepanjang tahun.

Adakah PAJSK Assist selamat untuk data murid?

Ya. PAJSK Assist tidak menghantar data murid ke mana-mana server luar. Semua maklumat kekal antara browser Cikgu dan server SPPB, dan extension hanya berfungsi pada domain rasmi moeissppb.moe.gov.my.

Berapa harga PAJSK Assist?

Versi FREE percuma selamanya. Versi PRO berharga RM15 sebulan, sah 30 hari, dan boleh digunakan pada 2 peranti.

Berapa cepat PAJSK Assist isi satu kelas?

Satu kelas penuh (lebih kurang 42 murid × 4 tab) boleh siap dalam masa lebih kurang 8 saat menggunakan mod isi serentak versi PRO.

Iklan
Iklan
Iklan

Komen

Kongsi pendapat cikgu, atau soalan lain yang berkaitan.

Cikgu Aime

Cikgu Aime

Guru Sekolah Rendah di SK Putrajaya Presint 5(1). Pembina aplikasi pendidikan — e-Rekod, RPH Assist. Suka berkongsi pengalaman dari bilik darjah ke dunia luar.

Lebih lanjut tentang saya →