Cara Memohon Kuarters Kerajaan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya merupakan guru yang baru sahaja dipostingkan di Putrajaya. Sebuah wilayah yang penuh dengan kuarters kerajaan. Jadi pada hari ini saya akan berkongsi cara memohon kuarters kerajaan bagi penjawat awam. Panduan memohon kuarters kerajaan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya yang telah memohon kuarters kerajaan, secara atas talian melalui platform yang disediakan. Hanya perlu mohon dan tunggu. Permohonan sudah diluluskan dan sekarang hanya menunggu giliran sahaja. Ini baru permohonan, bukan lagi menduduki ya, risau ada yang salah faham. Ikuti cara/panduan memohon kuarters kerajaan di bawah:
Dapatkan Nombor Gaji
Sebelum memohon kuarters kerajaan, langkah yang pertama adalah mendapatkan nombor gaji. Selagi anda tidak mempunyai nombor gaji, selagi itulah anda tidak boleh memohon kuarters kerajaan. Nombor gaji boleh didapati pada slip gaji. Biasanya sebelum gaji pertama, slip gaji sudah dikeluarkan, paling kurang satu hingga dua bulan selepas dipostingkan. Untuk bahagian ini, anda boleh bertanyakan kepada kerani sekolah.
Daftar Permohonan Melalui Portal SBBPH
Apabila sudah menerima nombor gaji, barulah anda boleh memohon kuarters kerajaan melalui portal yang telah disediakan iaitu https://sbbph.bph.gov.my/
Pergi ke portal SBBPH
Isi maklumat dan daftar
Pendaftaran berjaya
Maklumat seperti username dan password dihantar ke email
Login ke dalam SBBPH dan klik permohonan kuarters
Isi maklumat dan semak kelayakan
Jika layak, sila isi maklumat peribadi
Maklumat pekerjaan
Akhir sekali hantar permohonan
Permohonan Diluluskan, Tunggu Giliran
Apabila permohonan anda diluluskan, anda hanya perlu menunggu giliran. Giliran senarai menunggu boleh dilihat di dalam portal SBBPH
Nampak gaya 4-5 tahun lagi baru dapat kuarters. Hahaha
Komen
Kongsi pendapat cikgu, atau soalan lain yang berkaitan.