PSV Tahun 6 : Diorama Dasar Laut
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Bagi subjek Pendidikan Seni Visual untuk minggu 13, kita akan mempelajari berkenaan Diorama. Melalui tajuk ini, murid perlu menghasilkan Diorama Dasar Laut. Untuk itu, cikgu akan menggunakan blog ini untuk menjelaskan berkenaan :
- Apakah itu Diorama ?
- Apakah teknik gabungan yang ada dalam menghasilkan Diorama ?
- Alat dan bahan yang diperlukan dalam menghasilkan Diorama
- Proses menghasilkan diorama dasar laut.
1. Apakah itu Diorama?
Diorama ialah gubahan pemandangan 3 Dimensi (3D) yang menarik dalam ruangan yang terhad. Objek dan model disusun di hadapan latar belakang yang telah digubah berdasarkan tema. Untuk memudahkan murid faham apakah itu diorama, cikgu telah sertakan beberapa contoh diorama di bawah :
Diorama Hidupan Laut
Diorama Hidupan Laut
2. Apakah teknik gabungan dalam Diorama ?
Diorama boleh dihasilkan menggunakan dua teknik iaitu teknik catan dan teknik binaan.
Teknik Catan - Biasanya digunakan untuk menghasilkan latar belakangTeknik Binaan - Membina model sendiri ataupun menggunakan model sedia ada
Hutan
Awan
Angkasa
Contoh latar belakang diorama yang boleh dibuat menggunakan teknik catan
Sedia ada
Binaan Sendiri
Origami
Contoh model yang boleh dibuat menggunakan teknik binaan
3. Apakah alat dan bahan yang diperlukan?
Sediakan alat dan bahan
- Kotak (Apa sahaja jenis kotak boleh digunakan)
- Kertas lukisan
- Warna poster/warna air
- Berus
- Palet
- Gam
- Bekas telur
- Benang
- Pita pelekat
- Beg plastik (warna biru)
- Model sedia ada/barang hiasan
- Tanah liat
4. Proses penghasilan diorama hidupan laut.
Berikut adalah proses penghasilan diorama hidupan laut:
_Karya Diorama Hidupan Dasar Laut _
Itu sahaja yang dapat cikgu kongsikan. Sekiranya ada sebarang persoalan berkaitan diorama, bolehlah menggunakan ruangan komen yang telah disediakan di bawah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Terima kasih :)
Diorama yang dihasilkan oleh murid saya
Bagi membolehkan murid menunjukkan ekspresi kreatif, maka saya telah memberi kebebasan kepada murid saya untuk menghasilkan diorama yang bertajuk bebas. Jadi di bawah adalah hasilnya
Diorama angkasa
Diorama taman rama-rama
Diorama peperangan
Diorama hidupan laut
Diorama rama-rama di langit
Diorama 2 dalam 1
_Diorama Fantasy _
Diorama Zoo
Diorama Demon Slayer
Diorama Zaman Prasejarah
Diorama sistem suria
Diorama keindahan malam
Diorama Jurassic Park
Diorama pemandangan tepi pantai
Diorama Among Us
Diorama dasar laut V2
Diorama haiwan ternakan
Diorama the war
Diorama lebuh raya
Diorama dasar laut V3
Diorama bilik saya
Diorama Sheikh Muzaphar
Diorama dasar laut
Komen
Kongsi pendapat cikgu, atau soalan lain yang berkaitan.